◉ HEADLINES

Mesyuarat Naccol muktamad harga kawalan beras diadakan minggu depan: Anwar

Mesyuarat yang sepatutnya bersidang lebih awal, ditangguhkan ke minggu depan bagi memasukkan hal yang lebih mendesak seperti harga kawalan beras

10:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) akan bermesyuarat dan memuktamadkan harga kawalan beras pada minggu depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai respon terhadap kekeliruan berhubung cadangan beras putih Madani.

“Kita menangguhkan mesyuarat Naccol ke minggu depan, di mana kami akan membuat keputusan muktamad mengenai kawalan harga beras.

“Walaupun ia (harga) tidak boleh terlalu rendah, saya yakin ia boleh dikurangkan jika kita melihat kepada bekalan, siapa kontraktor dan berapa banyak keuntungan yang mereka hasilkan,” katanya pada majlis Jualan Termurah Madani di Bandar Perda, Bukit Mertajam hari ini.

Beliau juga memberi amaran kepada ‘orang tengah’ supaya tidak mengaut keuntungan kerana ia akan menyebabkan harga melambung tinggi.

Terdahulu, Pengerusinya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, beras putih Madani Malaysia akan menjadi kategori beras putih tunggal berikutan Putrajaya bersetuju memansuhkan kategori import (SSI) dan beras tempatan (SST).

Katanya, harga siling beg RM30 bagi setiap 10 kilogram (kg) itu akan berkuat kuasa pada 19 Februari ini, manakala produk berkenaan dijangka berada di pasaran pada 1 Mac ini.

Bagaimanapun, sumber memberitahu Scoop semalam bahawa beras putih Madani itu adalah cadangan Syed Hussin untuk memiliki satu gred beras putih dengan harga tetap.

Sumber itu menambah, Menteri Pertanian dan Sekuriti Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan membuat kenyataan mengenai perkara terbabit, selepas beliau pulang dari lawatan rasmi ke Iran pada 23 Februari ini.

“Selepas menteri itu pulang dari Iran, kementerian akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan pemain industri untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai cadangan itu. Ini selepas beberapa pemain tidak berpuas hati dengan cadangan itu.

“Penetapan harga siling beras perlu melalui Menteri Pertanian dan Sekuriti Makanan atau Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras melalui Akta Kawalan Padi 1994 (Akta 522).

“Syed Hussin boleh menasihati kerajaan tetapi masih menunggu nod Putrajaya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin menuntut penjelasan berhubung dasar Syed Hussin. – 16 Februari 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related