◉ HEADLINES

Polis terima lima laporan ugutan bunuh dihadapi Nik Elin

Bagaimanapun belum ada tangkapan dibuat pihak berkuasa membabitkan suspek susulan laporan berkenaan

4:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menerima lima laporan berhubung kes ugutan bunuh dihadapi peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid susulan tindakannya mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, setakat ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, empat daripada laporan diterima itu dibuat di Sri Hartamas, manakala satu di Jinjang.

Katanya, bagaimanapun belum ada tangkapan dibuat pihak berkuasa membabitkan suspek susulan laporan berkenaan.

Sementara itu, Saifuddin berkata, polis akan menyiasat dakwaan wujud anasir jenayah atau gangsterisme di Julau, Sarawak seperti dimaklumkan Ahli Parlimennya, Datuk Larry Sng.

Menurutnya, beliau percaya polis akan melihat isu itu segera seperti dibangkitkan pihak berkaitan.

“Saya terima maklumat langsung dari Ahli Parlimen Julau, yang menjelaskan keadaan sebenar dan polis akan menyiasat dakwaan mengenai anasir jenayah ini selain melihat isu ini dengan segera,’’ katanya.

Sng sebelum ini menggesa Bukit Aman untuk bertindak tegas terhadap kegiatan gangsterism yang didakwa berleluasa dan telah menjadikan kawasannya sebagai ‘Wild Wild West’.

Menerusi catatan di Facebooknya, Sng mendakwa bahawa kumpulan kongsi gelap itu bukan sahaja mengendalikan perjudian dalam talian di kedua-dua daerah Pakan dan Julau malah terbabit dengan aktiviti menjual dadah, kontraban seperti rokok dan minuman keras serta pinjaman wang haram. – 16 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related