◉ HEADLINES

Banyak kandungan merapu, Fahmi saran ibu bapa pantau kandungan media sosial ditonton anak

Pihaknya dan MCMC akan menyekat akaun yang menyiarkan kandungan media sosial bercorak negatif demi mendapat tontonan tinggi

6:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu bapa disaran agar memantau kandungan media sosial ditonton anak-anak bagi mengelak mereka terpengaruh dengan kandungan merapu dan negatif dihasilkan segelintir pempengaruh sejak kebelakangan ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak akan teragak-agak menyekat akaun yang menyiarkan kandungan media sosial bercorak negatif seperti tindakan seorang pemuda membakar kereta polis bantuan demi mendapat tontonan tinggi, baru-baru ini.

“Ini yang saya risaukan, bukan saya seorang tapi ramai ibu bapa sekiranya kandungan seperti ini dihasilkan dan ditonton anak-anak di bawah umur.

“Saya gesa pempengaruh, podcaster (untuk henti hasilkan kandungan negatif). Ramai netizen mengeluh dan kita kena berwaspada dengan kandungan yang kita hasilkan.

“Selain pihak berkuasa, jika ada mana-mana pihak buat aduan dengan MCMC, Akta Komunikasi dan Multimedia membolehkan pihak MCMC mengambil tindakan (untuk menyekat) sekiranya sesuatu kandungan itu melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatan Parlimen Lembah Pantai yang diadakan di Masjid Al-Khadijiah, di sini hari ini.

Terdahulu, pekerja p-hailing direman empat hari selepas membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, kelmarin.

Hasil siasatan awal polis mendapati tujuan lelaki berusia 26 tahun itu melakukan perbuatan terbabit adalah untuk mendapat ‘rating’ tinggi di TikTok.

Sementara itu, Fahmi turut mencadangkan agar kementeriannya, Kementerian Pendidikan (KPM) dan semua penyedia platform media sosial duduk semeja untuk berbincang berhubung isu pemilikan akaun TikTok oleh kanak-kanak berusia bawah 13 tahun bagi mengelak mereka terpengaruh dengan anasir tidak sihat.

“Saya berhasrat semua platform media sosial dapat melakukan satu usaha bersama Kementerian Komunikasi dan KPM untuk kita tingkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa, guru dan anak-anak bahawa mereka berusia bawah 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun TikTok.

“Bukan TikTok sahaja, kita perlu bekerjasama dengan semua platform media sosial. Sekiranya anak-anak ingin gunakan sebarang aplikasi, kandungan yang mereka saksikan perlu sesuai dengan umur dan tahap pembesaran mereka. Kita tak nak mereka terlibat ataupun menjadi mangsa kepada permasalahan dan jenayah sebegini.

“Saya harap mungkin dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kita ada mekanisme yang sangat jelas agar ikhtiar daripada MCMC, Kementerian Komunikasi dan semua platform media sosial dapat tingkatkan kesedaran mengenai bahayanya media sosial ini kepada kanak-kanak,” katanya. – 17 Februari 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related