◉ HEADLINES

Serangan di Rafah, isteri, anak dan 30 individu kini berlindung di sebuah rumah: Nadir Al-Nuri

Nadir Al-Nuri menzahirkan rasa syukur kerana isterinya, Reem Al-Minawi bersama tujuh anak mereka masih selamat dan boleh dihubungi

8:40 PM MYT

 

BANGI – Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata serangan udara di Rafah, Palestin berlaku tidak kira masa dan ketika ini, isteri serta anak-anaknya berlindung di sebuah rumah di Rafah, Palestin bersama kira-kira 30 individu lain.

Menyifatkan situasi di Rafah amat getir, beliau menzahirkan rasa syukur kerana isterinya, Reem Al-Minawi bersama tujuh anak mereka masih selamat dan boleh dihubungi. 

“… Alhamdulilah, mereka masih hidup dan itu sudah cukup baik untuk saya. Memang tidak tidur malam fikikan keadaan mereka,” katanya yang lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri. 

Beliau berkata penduduk di Rafah mempunyai akses kepada makanan dalam tin kerana bantuan masuk melalui laluan itu.

“Serangan oleh Israel sekarang ini masih berlaku melalui jalan udara, maksudnya serangan berbentuk precise iaitu sesiapa yang mereka sasarkan sahaja.

“… belum berlaku serangan melalui jalan darat dan kalau berlaku, risikonya ribuan akan mati syahid,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Minum Petang Bina Semula Gaza di sini hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan yang dikendalikan oleh Hamas, serangan Israel ke atas bandar Rafah, yang terletak di selatan Gaza, baru-baru ini telah meragut kira-kira 100 nyawa.

Israel menggempur Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lepas yang menyaksikan sekurang-kurangnya 28,775 orang terbunuh manakala lebih 68,552 cedera.

Serangan rejim Zionis juga mengakibatkan berlaku kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan. – 18 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related