◉ HEADLINES

Berhenti kaitkan kami dengan kes Aman Palestin jika tidak… : Isma

Isma menafikan dakwaan pihak tertentu berhubung dakwaan pertubuhan itu mempunyai kaitan dengan Aman Palestin

11:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang mengaitkannya dengan kes pengubahan wang haram RM45.5 juta membabitkan badan amal, Aman Palestin Bhd.

Setiausaha Agung Isma, Muhammad ‘Izzat Husman menafikan dakwaan pihak tertentu berhubung dakwaan pertubuhan itu mempunyai kaitan dengan Aman Palestin, sambil menegaskan tuduhan sedemikian berniat jahat bagi menjatuhkan kredibiliti Isma.

“Individu dan kumpulan yang mengeluarkan kenyataan dan infografik media berkaitan kes (Aman Palestin) mendakwa bahawa Aman Palestin dimiliki dan dikendalikan oleh Isma.

“Sebarang kenyataan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak yang ingin mengaitkan Isma secara langsung atau tidak langsung dengan kes mahkamah (Aman Palestin) yang sedang dalam perbicaraan, akan disusuli dengan tindakan guaman yang bersesuaian sekiranya pihak berkenaan tidak menarik semula kenyataan, artikel, tulisan atau infografik di media sosial yang disebarkan pada kadar segera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga mengingatkan semua pihak agar berhenti menyebarkan fitnah jahat terhadap Isma dan menyerahkan urusan kes kepada pihak mahkamah untuk dibicarakan secara adil dan saksama.

Pada 15 Februari lalu, dua ahli lembaga Aman Palestin dan seorang ahli gabungannya mengaku tidak bersalah atas 164 tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan penipuan melibatkan dana RM45.5 juta yang dikaitkan dengan NGO itu.

Ketiga-tiga mereka dituduh melakukan kesalahan itu, termasuk menipu harga emas yang dijual kepada Aman Palestin dan menggunakan wang NGO itu untuk membeli hartanah dan kenderaan mewah, antara 2018 dan 2023 dalam kapasiti mereka sebagai pengarah Samudra Champa Sdn Bhd.

Semakan oleh Scoop menunjukkan bahawa Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, adalah bekas Presiden Isma yang didenda RM2,000 pada 2016 selepas didapati bersalah kerana menghasut berhubung kenyataannya yang melabelkan etnik Cina sebagai “penceroboh” di Malaysia.

Kenyataannya disiarkan dalam artikel di laman web Isma pada 2014 manakala gambar Zaik kekal di laman web Isma, sehingga berita ini ditulis.

Dilaporkan bahawa Zaik adalah Presiden Isma sehingga 2018.

Bagaimanapun, catatan di laman Facebook Zaik menunjukkan dia mengeluarkan kenyataan sebagai “amir” Isma, istilah Islam yang secara amnya merujuk kepada komander atau pemimpin, pada Oktober tahun lalu. – 18 Februari 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related