◉ HEADLINES

Na’imah tiba di mahkamah untuk permohonan pulangkan pasport

Dokumen perjalanannya itu ditahan mahkamah ketika ini, susulan kes dakwaan kegagalan beliau mematuhi notis mengisytiharkan harta yang dihantar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

8:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.32 pagi ini bagi mendengar prosiding dan keputusan berhubung permohonannya untuk mendapatkan semula pasport antarabangsa.

Dokumen perjalanannya itu ditahan mahkamah ketika ini, susulan kes dakwaan kegagalan beliau mematuhi notis mengisytiharkan harta yang dihantar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Na’imah yang berpakaian baju kurung warna ungu lembut, sempat bergurau dengan wartawan ‘berapa gambar nak ambil’ sebelum masuk ke dalam mahkamah.

Peguam Na’imah, Rajesh Nagarajan, mengesahkan kepada Scoop minggu lepas bahawa permohonan semakan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Berdasarkan kepada jadual mahkamah, kes tersebut didengar hari ini di hadapan Hakim Datuk Ahmad Bache.

Pada 23 Januari lalu, Na’imah didakwa ke Mahkamah Sesyen di sini,  atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 12 harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Na’imah, 67, tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Azura membenarkan Na’imah diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai, selain menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes. – 19 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related