◉ HEADLINES

Boeing pecat ketua program pesawat 737 Max selepas insiden palam pintu tercabut

Clark berundur berkuat kuasa serta-merta selepas hampir 18 tahun berkhidmat bersama syarikat itu

9:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Boeing memecat eksekutif Ed Clark yang juga ketua program pesawat jenis 737 Max keluaran syarikat itu selepas insiden palam pintu tercabut dari pesawat Alaska Airlines bulan lalu.

Clark, yang membantu meningkatkan pengeluaran pesawat jenis itu selepas pandemik Covid-19 berundur berkuat kuasa serta-merta selepas hampir 18 tahun berkhidmat bersama Boeing.

Katie Ringgold menggantikan Clark sebagai naib presiden dan pengurus besar program 737 di kilang Boeing dekat Renton, Washington.

Boeing turut mengumumkan pertukaran beberapa eksekutif dalam syarikat itu dengan menamakan Elizabeth Lund sebagai Naib Presiden Kanan untuk Kualiti Boeing Commercial Airplanes (BCA).

Beliau juga akan berkhidmat dalam jawatankuasa eksekutif pembuat pesawat itu sebagai pengerusi majlis operasi kualiti syarikat.

Model 737 Max ialah pesawat terlaris Boeing, tetapi timbul masalah berulang kali membabitkan pesawat jenis itu sejak lima tahun lepas.

Ia bermula dengan penggantungan penerbangan selama 20 bulan pesawat jenis itu yang sebelum ini terbabit dua insiden terhempas mengerikan.

Baru-baru ini, palam pintu pesawat jenis itu yang diterbangkan Alaska Airlines tercabut ketika terbang di ruang udara Oregon.

Laporan awal oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) mendapati bahawa empat bolt yang sepatutnya dipasang pada palam pintu di tempatnya hilang apabila pesawat itu meninggalkan kilang Boeing.

Sebelum ini, Boeing dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menghargai usaha NTSB dan akan menyemak penemuan itu segera sambil meneruskan siasatan bersama agensi berkenaan dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

“Apa juga kesimpulan akhir yang dicapai, Boeing bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Peristiwa seperti ini tidak boleh berlaku pada pesawat yang meninggalkan kilang kami.

“Kami sedang melaksanakan satu pelan komprehensif untuk mengukuhkan kualiti dan keyakinan pihak berkepentingan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Dave Calhoun. – 22 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related