◉ HEADLINES

Isu Mawla: Ketaasuban melampau berbahaya kepada diri, masyarakat

Sikap taasub juga akan menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan sesuatu dakwaan oleh individu mahupun kumpulan tertentu

10:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan supaya menjauhkan diri daripada sikap taasub berikutan isu seorang lelaki warga Magribi dikenali sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ yang mendakwa dirinya berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, ketaksuban yang melampau dalam sesuatu perkara adalah berbahaya kepada diri dan masyarakat.

Menurutnya, sikap taasub juga akan menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan sesuatu dakwaan oleh individu mahupun kumpulan tertentu.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengikuti perkembangan laporan oleh akhbar tempatan, Harian Metro pada 20 Februari 2024 bertajuk “Eksploitasi Nasab Suci Nabi” serta laporan yang berkaitan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam khususnya Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat pendedahan yang dinyatakan dalam akhbar tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Na’im berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasi agama untuk kepentingan diri mahupun kumpulan yang tertentu.

Susulan itu, katanya, semua pihak dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada JAIN berkaitan pentauliahan mana-mana pendakwah agar setiap perkara yang disampaikan selari dengan ajaran Islam.

“Semua pihak adalah diseru sentiasa berpegang kepada neraca ilmu, fakta dan menjauhkan diri daripada taasub,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis akan bekerjasama dengan pihak agama negeri bagi memantau kegiatan Mohamed Amin yang mengaku mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, polis akan mengadakan pemantauan dari segi kententeraman awam melibatkan individu berkenaan termasuk pengikutnya.

Beliau turut mengesahkan individu berkenaan sering keluar masuk ke negara ini menggunakan pas sosial dan berada di negara ini selama 90 hari.

Katanya, mengikut rekod, dia adalah warga Algeria dan menggunakan pasport perjalanan Perancis.

Sebelum ini media melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiatan Mohamed Amin selepas seorang mudir sebuah madrasah di Selangor didakwa aktif mempromosi lelaki berkenaan dan mengutip dana awam secara tidak sah selain cuba mewujudkan satu penempatan Kerajaan 9 di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM sedang memantau pergerakan Mohamed Amin dan pengikutnya termasuk madrasah itu yang beroperasi di Selangor. – 22 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

The Cabinet group photo maybe signalling General Election is around the corner – Kuik Cheng Kang

Cabinet’s “family portrait” may be brushed off as routine, but in Malaysia’s fluid political landscape, every ritual carries weight. With Johor’s shock dissolution and PAS’ restless manoeuvres, Anwar stands at the starting line—waiting for the signal that could trigger an early general election

◉ Related