◉ HEADLINES

Padu dijamin selamat, tiada isu kebocoran data: Fahmi

Dakwaan sistem itu telah dibolosi tidak benar, semua data selamat

5:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (Padu) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan perbincangan bersama beberapa pihak termasuk Cybersecurity Malaysia, pangkalan data utama itu tidak mempunyai apa-apa masalah kebocoran data.

“Ada beberapa pihak yang cuba memainkan seolah-olah sistem itu telah dibolosi… itu jauh dari kebenaran dan ini telah disahkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli…kerajaan jamin keselamatan data.

“Insya-Allah data itu selamat, pihak Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malysia, Jabatan Perlindungan Data Peribadi, sebahagian daripada pasukan yang memastikan aspek keselamatan data dan keselamatan siber,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan Solat Jumaat bersama Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim, di Masjid Negara di sini hari ini.

Sebelum ini, Rafizi menafikan sistem Padu digodam berikutan dakwaan kumpulan penggodam dikenali sebagai R00TK1T telah mencuri data Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan turut menggalakkan orang ramai untuk mendaftar dalam sistem berkenaan dan turut menjemput orang ramai untuk tidak melepaskan peluang menghadiri Program Madani Rakyat Zon Tengah bertempat di Kompleks Sukan Kuala Selangor, yang sedang berlangsung hingga Ahad.

“Saya lihat ini program yang cukup baik untuk semua, termasuklah sekiranya ada sesiapa yang hadapi apa-apa kesukaran ingin mendaftar Padu, pihak DOSM (Jabatan Perangkaan Malaysia) akan membuka kaunter dan boleh bertemu buat pendaftaran ataupun bertanyakan apa-apa soalan kepada pihak DOSM,” katanya.

Terdahulu Fahmi hari ini turut menghadiri makan tengah hari bersama Perdana Menteri di sebuah restoran di sini, bersama bekas pemain pasukan All Blacks, Sonny Bill Williams.

Fahmi berkata, pada makan tengah hari itu Anwar dan Williams sempat berbincang dan bertukar pandangan mengenai beberapa perkara yang boleh diusahakan secara bersama, berkait kemajuan sukan dan pendidikan.

“Ini peluang yang cukup baik dan insya-Allah akan disusuli dengan beberapa pihak…ia kunjungan baik dan saya berharap akan mengukuhkan bukan hanya persahabatan, tetapi juga beberapa peluang, termasuk ragbi dan isu dakwah Islamiah dan ukhwah,” katanya. – 23 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related