◉ HEADLINES

Konsert ‘Choii Underground’ di Kedah tiada permit dan kelulusan, langgar syarat yang sangat serius: Exco

Penganjur mengakui kesalahan dan meminta maaf kerana membawa hip hop ke Kedah, akui menyangka negeri itu tidak seperti Kelantan dan Terengganu

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Konsert ‘Choii Underground Music Tour Kedah 2.0’ yang diadakan di Alor Setar, Kedah, Sabtu malam, melibatkan artis terkenal didapati dijalankan tanpa permit dan kelulusan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mejar (bersara) Mansor Zakaria berkata, konsert yang berlangsung di Taman Jubli Emas itu berlangsung tanpa mana-mana agensi kerajaan negeri dan merupakan satu pelanggaran yang sangat serius.

Konsert itu dijalankan selama dua hari pada 23 dan 24 Februari, namun menjadi kontroversi kerana ia berlangsung pada malam Nisfu Syaaban.

Berdasarkan poster di media sosial, antara artis yang terlibat ialah Luca Sickta & Kmy Kmo, Hazama, Dani Kurama, Akim Ahmad, Ical Mosh, Yonnyboii.

Berdasarkan poster di media sosial, antara artis yang terlibat ialah Luca Sickta & Kmy Kmo, Hazama, Dani Kurama, Akim Ahmad, Ical Mosh, Yonnyboii – Gambar media sosial, 26 Februari, 2024

Menurut Mansor, memang benar penganjur mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri, namun ia langsung tidak menyatakan mengenai cadangan konsert atau pertunjukan pentas seperti itu.

“Penganjur memohon untuk mengadakan karnival jualan dan acara-acara yang dibenarkan mengikut garis panduan kerajaan negeri sahaja dan itulah yang diluluskan.

“Justeru penganjuran konsert adalah tanpa kebenaran mana-mana agensi Kerajaan Negeri dan ini adalah satu pelanggaran syarat yang sangat serius oleh pihak penganjur,’’ katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Tindakan susulan mengikit undang-undang, kata Mansor akan diputuskan selepas mendapat penjelasan.

Mejar (bersara) Mansor Zakaria berkata, penganjur mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri, namun ia langsung tidak menyatakan mengenai cadangan konsert atau pertunjukan pentas seperti itu – Gambar Facebook, 26 Februari, 2024

“Mana-mana pihak yang melanggar syarat setelah diberikan kelulusan untuk menganjurkan sesuatu acara, akan disenaraihitamkan daripada terlibat dalam apa jua program di negeri ini pada masa akan datang,’’ katanya.

Dalam pada itu, penganjur konsert berkenaan yang hanya dikenali sebagai Tam Muhd berkata, ia merupakan penganjuran kali kedua dengan yang pertama telah diadakan di Pulau Pinang, pada awal bulan ini.

Sambil mengakui kesalahannya, Tam menerusi Facebook Tam Muhd berkata, dia menyangka Kedah tidak seperti Kelantan dan Terengganu, justeru dia memohon maaf kerana melanggar syarat ditetapkan.

“Saya minta maaf dan akui kesalahan, tak nak dolak-dalik. Minta maaf kerana bawa hip hop ke bumi Kedah. Video tular itu yang menunjukkan seolah-olah ada yang terkinja-kinja dan terlompat-lompat itu pada hari Sabtu, bukan malam Nisfu Syaaban,’’ katanya. – 26 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

◉ Related