◉ HEADLINES

Malaysia-Kemboja setuju segerakan JCBC: Anwar

Malaysia dijadualkan menjadi tuan rumah JCBC tahun ini

2:56 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Malaysia dan Kemboja bersetuju untuk mempercepatkan proses mengkaji semula kerjasama dua hala antara kedua-dua negara dalam sektor penting menerusi Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Manet di Perdana Putra di sini hari ini, Anwar berkata Menteri Luar kedua-dua negara telah diarah untuk menetapkan tarikh mesyuarat JCBC yang lebih awal daripada jangkaan asal.

“Pastinya isu-isu seperti sekuriti makanan, kerjasama dalam penyelidikan, perdagangan dan pelaburan, industri Halal, tenaga boleh diperbaharui, industri teknologi tinggi termasuk EV (kenderaan elektrik) dan AI (Kecerdasan Buatan) akan dibincangkan,” katanya.

Malaysia dijadualkan menjadi tuan rumah JCBC tahun ini.

Terdahulu, Hun Manet tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi sehari atas jemputan Anwar, dan ia merupakan lawatan sulung beliau sejak dilantik menjadi Perdana Menteri Kemboja pada Ogos 2023. Hun Manet diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana.

Merujuk kepada masyarakat Islam di Kemboja, Anwar berkata Malaysia berminat untuk bekerjasama dengan negara itu bagi memperkasakan masyarakat berkenaan di samping memupuk bakat muda dengan kemahiran serta ilmupengetahuan yang diperlukan, bagi memenuhi keperluan masa depan dalam perniagaan.

“Dengan sokongan anda, kami akan menyediakan latihan yang diperlukan untuk memastikan kita memainkan peranan yang positif dan bermakna di Kemboja,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terima kasih kepada Kemboja kerana banyak membantu dan menyelesaikan isu mangsa penipuan pekerjaan warga Malaysia.

“Anda sangat pantas dan saya berterima kasih kepada kedua-dua pihak polis dan imigresen atas sokongan mereka,” kata perdana menteri.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata semasa lawatan rasmi itu, Hun Manet diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Kemboja merangkap Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Sok Chenda Sophea, Menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kanan Kemboja.

Hun Manet dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara dan mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul.

Lawatan rasmi ini akan meningkatkan nilai tambah kepada hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Kemboja, secara dua hala dan dalam rangka kerja ASEAN, menurut Wisma Putra.

Kemboja merupakan antara negara terawal yang menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada tahun 1957.

Pada 2023, Kemboja disenaraikan sebagai rakan dagang ke-9 terbesar Malaysia di rantau ASEAN.

Nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kemboja berjumlah RM3.02 bilion, dengan eksport dari Malaysia ke Kemboja bernilai RM2.35 bilion, meningkat 1.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat-syarikat Malaysia telah melaksanakan 162 projek di Kemboja, dengan pelaburan berjumlah RM14.4 bilion. – 27 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

QSR Brands records 31% revenue growth in KFC and Pizza Hut Malaysia for FY2025

QSR Brands (M) Holdings Bhd announced a 31% revenue increase in its core businesses, KFC Malaysia and Pizza Hut Malaysia, for the financial year 2025, reflecting the successful execution of its strategic transformation roadmap and disciplined focus on operational efficiency, innovation and sustainable growth

◉ Related