◉ HEADLINES

Mengapa PN Selangor membisu selepas Sultan Selangor zahir rasa dukacita terhadap Hadi Awang?

Timbalan Pengerusi MPN Selangor, Borhan Aman Shah mendesak PN Selangor menyatakan pendirian berhubung kenyataan Presiden PAS

4:46 PM MYT

 

SHAH ALAM – Majlis Pimpinan Keadilan (MPN) Selangor mendesak Perikatan Nasional (PN) negeri menyatakan pendirian berhubung rasa amat dukacita yang dizahirkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap kenyataan yang dibuat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan beliau pada 20 Februari lepas.

Timbalan Pengerusinya, Borhan Aman Shah dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan membisu pimpinan PN Selangor yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan seolah-olah mereka sanggup membelakangi titah Sultan Sharafuddin semata-mata untuk menjaga hati pemimpin dan penyokong PAS.

Kenyataan itu merujuk kepada surat daripada pejabat Sultan Selangor pada 27 Februari lalu yang dihantar kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.

Borhan yang juga Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri berkata, surat itu jelas menyatakan dukacita Sultan Selangor terhadap kenyataan Abdul Hadi yang menyinggung tanpa memahami secara menyeluruh titah ucapan Baginda.

Semalam, dalam hantaran yang dimuat naik menerusi Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa sedemikian dalam surat yang diutus kepada Abdul Hadi menerusi Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Borhan Aman Shah berkata, tindakan membisu pimpinan PN Selangor menunjukkan seolah-olah mereka sanggup membelakangi titah Sultan Sharafuddin semata-mata untuk menjaga hati pemimpin dan penyokong PAS. – Gambar media sosial, 1 Mac, 2024

Antara inti pati surat berkenaan adalah Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 15 Februari lalu.

“Adakah Perikatan Nasional Selangor dengan sengaja sanggup untuk membelakangi titah ucapan Sultan Selangor hanya semata-mata untuk menjaga hati pemimpin dan penyokong PAS?” kata Borhan dalam kenyataan tersebut.

Semalam, dalam hantaran dimuat naik menerusi Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa sedemikian dalam surat diutus kepada Abdul Hadi menerusi Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Antara inti pati surat berkenaan adalah Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda ketika Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 15 Februari lalu. – 1 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

The Formula for F1’s return to Sepang – Dr Helmy Haja Mydin

The biggest race turnout at the SIC to date is enough cause to consider a resurrection of the Malaysian GP

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Shadow AI in public sector raises questions over governance and data security – KV Soon

Concerns emerge over the use of AI agents linked to an official work email, highlighting the need for stronger oversight, accountability and safeguards

◉ Related