◉ HEADLINES

Kesuma singkatan baharu Kementerian Sumber Manusia

Kesuma juga merupakan perkataan lama dalam Bahasa Melayu yang bererti ‘bunga’

2:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia dikenali dengan singkatan Kesuma bermula esok.

Nama singkatan itu akan digunakan secara rasmi ke atas segala urusan berkaitan dengan kementerian berkenaan.

Menerusi kenyataannya, kementerian memaklumkan, penjenamaan singkatan itu dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Mac lalu.

“Kesuma dipetik daripada suku kata awal frasa setiap perkataan Kementerian Sumber Manusia, iaitu KE.SU.MA.

“Kesuma juga merupakan perkataan lama dalam Bahasa Melayu yang bererti ‘bunga’.

“Keindahan maksud bahasa ini bersesuaian dengan misi strategik 3K kementerian, yakni memperkasakan kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh dua bulan ini, selaras dengan misi strategik 3K, kementerian itu sudah memperkukuhkan kerjasama dengan kesatuan sekerja, melaksanakan pembaharuan ke atas institusi Mahkamah Perusahaan dan tegas memberi penekanan terhadap hak gaji pekerja.

“Ia juga meluaskan liputan skim keselamatan sosial, mempertingkatkan kualiti latihan kemahiran serta paling penting sekali, melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan tata kelola di kesemua jabatan dan agensi kementerian,” katanya. – 3 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related