◉ HEADLINES

Enam kanak-kanak disengat ubur-ubur di perairan Kelantan

Orang ramai dinasihati berwaspada dengan tidak berenang di kawasan yang telah disahkan kehadiran hidupan berkenaan

3:11 PM MYT

 

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan menerima enam kes sengatan ubur-ubur berbisa spesis Physalia Physalis melibatkan enam kanak-kanak berusia satu hingga 11 tahun, Jumaat lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kes sengatan ubur-ubur yang turut dikenali sebagai Portuguese Man o’ war itu dikesan di Bachok iaitu dua kes di Pantai Melawi, manakala empat kes di Pantai Baru, di sini.

Beliau berkata, kesemua mangsa diberikan rawatan awal di Klinik Kesihatan Bachok dan telah dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh serta Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Menurut Dr Zaini, mangsa yang terkena sengatan akan mengalami gejala kesakitan, bengkak dan gatal-gatal pada tempat sengatan.

“Kesemua mangsa, bagaimanapun telah dibenarkan pulang setelah pemeriksaan kesihatan mendapati keadaan mereka stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada antivenom untuk bisa yang disebabkan oleh sengatan ubur-ubur spesies berkenaan dan rawatan yang diberikan adalah untuk melegakan gejala.

Sehubungan itu, Dr Zaini menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan tidak berenang di kawasan yang telah disahkan kehadiran hidupan berkenaan serta tidak menyentuh sehingga keadaan selamat dan makluman rasmi dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

“Sekiranya terkena sengatan, orang ramai diminta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran,” katanya.

Difahamkan, spesies ubur-ubur itu telah dikesan di perairan Pahang dan Terengganu serta mempunyai sengatan berbisa dan boleh membawa kematian. – 3 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related