◉ HEADLINES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang mesyuarat MPC

Pada 9 pagi, ringgit meningkat semula kepada 4.7230/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7440/7480 pada Jumaat lepas

10:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, dengan jangkaan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 7 Mac.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat semula kepada 4.7230/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7440/7480 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata OPR dijangka kekal pada 3.0 peratus dan perkara paling penting ialah penilaian terkini oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) mengenai keadaan ekonomi.

“Antara sekarang dan tarikh MPC serta Senarai Gaji Bukan Ladang (NFP) Amerika Syarikat pada Jumaat, peserta pasaran dijangka kekal berhati-hati,” katanya kepada Bernama. 

Oleh itu, beliau menjangka mata wang tempatan akan berada pada sekitar RM4.73-RM4.74 hari ini. 

“Satu lagi agenda penting ialah Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China pada minggu ini berikutan pasaran mahu melihat sasaran makro negara itu seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), inflasi dan defisit fiskal untuk 2024.

“Jika penggubal dasar mereka mahu memberikan rangsangan, ia akan menjadi positif untuk yuan dan secara tidak langsung untuk ringgit berdasarkan hubung kait positif antara kedua-dua mata wang itu,” katanya. 

Dalam negara, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound kepada 5.9812/9875 daripada 5.9926/9977 pada Jumaat lepas, mengukuh berbanding euro kepada 5.1221/1275 daripada 5.1330/1373 minggu lepas dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1489/1524 daripada 3.1492/1521 sebelum ini.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN lain. 

Ia rendah berbanding baht Thailand kepada 13.2042/2241 daripada 3.1928/2120 pada Jumaat lepas, bagaimanapun naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5154/5194 daripada 3.5229/5264 minggu lepas, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 300.7/301.1 daripada 302.1/302.4 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.47/8.48 sebelum ini. – 4 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

PayNet confirms DuitNow QR code transaction fee for merchants starting Oct 1

In a statement on the matter, PayNet, the operator of DuitNow QR, clarified that the fee follows the lifting of a waiver on the merchant discount rate, which is charged based on a percentage of the payment transaction value.  

◉ Related