◉ HEADLINES

Maklumkan lebih awal untuk anjur perhimpunan: Razarudin

Notis pemberitahuan perlu diberikan lima hari awal bagi membolehkan pihak berkuasa menyediakan langkah keselamatan

8:52 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Notis pemberitahuan mengenai sesuatu perhimpunan awam perlu diberikan lima hari lebih awal bagi membolehkan pihak berkuasa menyediakan langkah keselamatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini bagi membolehkan masa mencukupi diberikan kepada polis, apatah lagi bagi memastikan keselamatan peserta dan orang awam.

“Kadang-kadang ada syarat yang kita minta dia ubah tempat lain, ada juga syarat dia tidak minta kebenaran tuan tanah. Itu semua kena ambil kira.

“Organisasi yang mahu mengadakan perhimpunan perlu mematuhi undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012), di mana notis pemberitahuan mesti mematuhi panduan subseksyen 9(1),’’ katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Polis Bandar Sultan Suleiman IPD Klang Utara, hari ini.

Terdahulu, wakil kepada penganjur perarakan sambutan Hari Wanita Malaysia 2024, memaklumkan telah empat kali menghantar notis kepada polis, hanya cubaan kali kelima diterima oleh polis.

Menurutnya, notis berkenaan telah diterima oleh polis Dang Wangi hari ini.

Perarakan tersebut, dijadualkan bermula di pusat beli-belah Sogo mulai 9 pagi, pada 8 Mac ini dan akan bergerak menuju ke Dataran Merdeka.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa perhimpunan aman tidak memerlukan permit, Razarudin mengesahkan bahawa penganjur hanya perlu mengemukakan notis lima hari kepada polis.

“Sebenarnya tiada isu permit (bagi penganjuran aktiviti membabitkan perhimpunan orang ramai) sebaliknya penganjur hanya perlu mengemukakan notis pemakluman,’’ katanya. – 4 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related