◉ HEADLINES

Pempengaruh transgender Indonesia dakwa diserang, dipukul ratu cantik Malaysia

Kejadian yang berlaku di sebuah vila di Bali itu dikatakan berpunca kerana cemburu disebabkan lelaki

5:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang pempengaruh transgender Indonesia mendakwa telah dianiaya model dan ratu cantik Malaysia dalam kejadian di sebuah vila di Bali baru-baru ini.

Pempengaruh itu menceritakan detik-detik dirinya diserang dan dipukul oleh ratu cantik tersebut menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di IG story miliknya.

Dakwanya, wanita itu telah melakukan jenayah tersebut di sebuah vila yang didudukinya bersama seorang lelaki.

“Dia memukul dan mencabul saya. Dia juga membaling botol ke arah saya serta menendang kepala dan kemaluan saya. Ia berlaku sekitar jam 4 pagi.

“Kami telah berusaha mencarinya tetapi dia bersembunyi di suatu tempat. Bagaimana wanita ini boleh menjadi ratu cantik? Ia adalah satu persoalan besar,” katanya.

Dakwa pempengaruh itu, dia benar-benar ketakutan ketika kejadian yang mencemaskan itu sehingga menyebabkan kecederaan.

“Dia melakukan tindakan yang gila ini kerana tidak dapat menerima hakikat lelaki yang bersama dengan saya di vila tersebut. Dia melakukan tindakan itu kerana cemburu. Lelaki itu memberitahu saya bahawa wanita itu bukan siapa-siapa dengan dirinya.

“Untuk saat ini, saya sangat ketakutan, trauma serta mengalami gangguan mental. Saya hanya ingin keadilan kerana perlakuan dia terhadap saya cukup keterlaluan. Tindakan dan kekerasan yang dilakukannya hampir membunuh saya,” katanya.

Dia turut memuat naik videonya diserang model dan ratu cantik berkenaan serta dahinya yang berdarah akibat serangan tersebut.

Dalam IG story itu juga, pempengaruh terbabit memaklumkan sudah membuat laporan polis terhadap ratu cantik berkenaan.

Difahamkan ratu cantik itu sudah menyembunyikan diri atau melarikan diri dari Bali.

Sementara itu, wanita tersebut dilihat memuat naik gambar-gambar percutiannya di Singapura.

Namun pempengaruh terbabit mendakwa wanita itu telah memuat naik hantaran palsu di IG story.

“Saya tahu dia masih di Bali,” katanya yang memohon bantuan rakan-rakannya untuk menjejaki model dan ratu cantik berkenaan. – 5 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related