◉ HEADLINES

Suruh Teresa buat laporan polis isu dakwaan rasis Kok Seong: KPN

Semalam, Teresa Kok mempersoalkan mengenai kriteria digunakan polis untuk membuka siasatan terhadap ahli politik, terutama melibatkan dakwaan hasutan

8:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meminta Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan kenyataan rasis dikeluarkan pensyarah, Profesor Emeritus Datuk Teo Kok Seong baru-baru ini.

Bercakap kepada Scoop, Razarudin berkata, sebagai seorang Ahli Parlimen, Teresa sepatutnya lebih mengetahui prosedur yang perlu dilakukan bagi membolehkan pihak polis menyiasat perkara tersebut.

“Suruhlah dia (Teresa) buat report (laporan polis), ada report dan jika didapati ada fakta berbau perkauman, baru kita (polis) akan siasat.

“MP (Teresa) sepatutnya faham perkara ini,” katanya.

Semalam, dalam sesi Dewan Rakyat, Teresa mempersoalkan mengenai kriteria digunakan polis untuk membuka siasatan terhadap ahli politik, terutama melibatkan dakwaan hasutan.

Dalam kenyataannya itu, Teresa mengambil contoh kes veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang dipanggil polis untuk memberikan keterangan berhubung kenyataannya yang menyentuh mengenai kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Begitu juga dengan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang dipanggil memberi keterangan di bawah Akta Hasutan.

Namun, Teresa berkata, perkara itu berbeza dengan Kok Seong yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis mengenai sekolah vernakular di dalam akaun TikTok ‘The Merdeka Times’.

“Saya dan ramai ahli-ahli berhormat di Dewan Rakyat ini belajar di sekolah Cina. Kami tidak pernah diajar untuk memandang rendah orang Melayu. Kenyataan Profesor Dr Teo Kok Seong ini memang memutarbelitkan fakta dan melaga-lagakan hubungan di antara masyarakat Melayu dengan Cina.

“Ini adalah hasutan. Kenapakah kenyataan yang rasis dan putar-belit ini tidak disiasat polis?” soalnya. – 5 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related