◉ HEADLINES

Helikopter Maritim Malaysia terhempas: 4 kru stabil, operasi kesan kotak hitam dijalankan

Kru pesawat hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar selepas diterbangkan ke Stesen Udara Maritim Subang SUMS)

11:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat kru Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam pesawat helikopter AW139 yang terhempas di perairan Pulau Angsa, Selangor, pagi semalam berada dalam keadaan stabil.

Ketika dihubungi Scoop, Pengarah Maritim Malaysia Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, mereka hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar selepas diterbangkan dari lokasi kejadian ke Stesen Udara Maritim Subang (SUMS).

Helikopter berkenaan diterbangkan Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama seorang kru udara, Pegawai Waran l (M) John Ibno serta seorang Perenang Penyelamat, Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

“Kru alhamdulillah, semua hanya menerima rawatan pesakit luar.

“Pesawat itu (helikopter) sudah dibawa naik untuk siasatan lanjut dan tunggu kotak hitam sahaja (operasi mengesan),” katanya hari ini.

Pesawat berkenaan dengan nombor pendaftaran M720-01 telah mendarat cemas di perairan berkenaan pada jam 9.55 pagi ketika melakukan latihan menyelamat.

Maklumat awal diterima menerusi panggilan MERS 999 oleh pemancing yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Bot pemancing yang berada di lokasi berkenaan telah memberi bantuan awal kepada kru yang terbabit dan 10 anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dan KM Bagan Datuk diatur gerak ke lokasi bagi melakukan kawalan keselamatan di lokasi kejadian.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan tidak menerima panggilan kecemasan daripada helikopter berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, hubungan terakhir helikopter dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada jam 9.20 pagi. – 6 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related