◉ HEADLINES

Adun Selat Klang dari Bersatu isytihar sokong kepimpinan MB Selangor

Keputusan diambil selepas meneliti Titah Ucapan Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan Selangor di landasan tepat

2:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, hari ini mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, memaklumkan, keputusan itu dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan.

“Ini setelah saya meneliti Titah Ucapan Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan Selangor berada di landasan tepat, demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Langkah ini juga adalah akibat daripada beberapa siri tindakan Perikatan Nasional (PN) terutamanya PN Selangor yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan yang dilontar kepada Raja-Raja Melayu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, keputusan itu juga dibuat demi kesejahteraan penduduk di kawasan Selat Klang yang akan menerima manfaat daripada kerajaan yang stabil.

Katanya, meskipun menyokong kepimpinan Amirudin, beliau kekal komited sebagai ahli Bersatu dan akan terus berkhidmat sebagai Adun Selat Klang.

Abdul Rashid dalam kenyataan media yang dikeluarkan menegaskan, tindakannya diambil secara sukarela dan beliau kekal sebagai ahli Bersatu biarpun menyokong Amirudin. – Gambar media sosial, 6 Mac, 2024

Terdahulu, Bersatu dilapor meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang.

Pindaan perlembagaan itu dibuat susulan tindakan enam Ahli Parlimen BERSATU yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Ia membabitkan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang); Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Bersatu bertegas untuk tidak mengosongkan mana-mana kerusi sehingga mahkamah memutuskan untuk berbuat demikian.

Syed Abu Hussin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, tindakan Bersatu meluluskan pindaan untuk melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya yang menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti adalah satu perkara yang sia-sia.

Katanya, mengapa parti mahu membuat undang-undang berkenaan sedangkan Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dibuat demi masa depan kawasan dan pengundi mereka. – 6 Mac 2024

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

◉ Related