◉ HEADLINES

‘Selamat tinggal Akira Toriyama’ peminat ratapi kematian pencipta Dragon Ball

Beliau meninggal dunia pada 1 Mac lalu, di usia 68 tahun akibat pendarahan subdural

1:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pencipta manga popular ‘Dragon Ball’, Akira Toriyama, telah meninggal dunia pada usia 68 tahun, 1 Mac lalu akibat hematoma subdural.

Berita kematiannya bagaimanapun baharu diumumkan hari ini.

“Kami amat sedih untuk memaklumkan bahawa pencipta Manga, Akira Toriyama meninggal meninggal dunia pada 1 Mac akibat pendarahan subdural,’’ kata kenyataan yang dimuatnaik dalam akaun X rasmi francais ‘Dragon Ball’.

“Kami amat kesal kerana beliau masih mempunyai beberapa karya, di tengah-tengah ciptaan yang dengan penuh semangat.

“Beliau mempunyai banyak lagi perkara untuk dicapai. Bagaimanapun, beliau telah meninggalkan karya seni di dunia ini.

“Kami berharap hasil unik karya Akira Toriyama ini akan terus disayangi oleh semua orang untuk masa akan datang,’’ kata Bird Studio.

Dragon Ball antara manga yang merekodkan jualan tertinggi dan mempunyai pengaruh yang ramai.

Ia pertama kali dijadikan siri pada 1984 dan kemudian file serta pemainan video telah diwujudkan atas nama manga berkenaan.

Dragon Ball adalah mengenai seorang budak lelaki Bernama Son Goku yang mempunyai kuasa selepas mengumpul bola-bola ajaib.

Dia bersama rakan-rakannya berusaha melindungi dunia daripada kuasa jahat.

Kematian Akira ternyata mengejutkan peminat Dragon Ball dengan media sosial dipenuhi ucapan takziah dan ramai meratapi kematiannya.

Mereka yang menyifatkan Akira sebagai seorang legenda yang telah memberikan inspirasi kepada dunia komik. – 8 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related