◉ HEADLINES

3 beradik, 2 rakan sesat ketika mendaki Bukit Penarikan

Kesemua mangsa berjaya diselamatkan serta ditemukan dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan

8:45 AM MYT

 

JEMPOL – Sekumpulan pendaki terdiri daripada tiga adik-beradik dan dua rakan mereka yang dilaporkan sesat di Bukit Penarikan, Bahau dekat sini selamat ditemukan pada 2.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan pada 1.50 tengah hari mengenai insiden empat wanita dan seorang lelaki yang memulakan pendakian pada 8 pagi gagal menemukan laluan mendaki di kawasan itu.

Beliau berkata, enam anggota polis, tujuh petugas bomba dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu pencarian mangsa yang berusia lingkungan 14 hingga 21 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan.

“Kesemua mangsa berjaya diselamatkan serta ditemukan dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Chang Hook berkata, operasi menyelamat tamat pada 3.15 petang dan kesemua pendaki telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. – 10 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related