◉ HEADLINES

‘Katak, transformer’ sambut pelajar pada hari pertama sesi persekolahan

Kemunculan dua maskot tersebut menceriakan pelajar untuk memulakan sesi persekolahan mereka tahun ini

9:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kemunculan maskot katak di depan sekolah tentunya mengejutkan pelajar namun ia merupakan hasil idea kreatif yang ditampilkan oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kuau, di Rantau Panjang Kelantan bagi menyambut pelajar sempena hari pertama sesi persekolahan 2024.

Maskot katak dengan warna terang iaitu merah jambu serta hijau itu berdiri di depan pagar dan akan bersalam dengan pelajar tatkala mereka menghampiri pintu sekolah.

Gambar-gambar itu dimuatnaik di dalam Facebook sekolah tersebut pagi ini.

Di Sekolah Kebangsaan Simpang Jeram, Muar pula, kemunculan maskot dari filem Transformers, Bumblebee, telah menggamit suasana ceria hari ini.

Kehadiran Transformers itu sudah pasti menggembirakan pelajar pada hari pertama mereka memasuki persekolahan tahun ini.

“Selamat datang dan selamat kembali ke sekolah, selamat menjalani sesi persekolahan 2024/2025 ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara’,’’ demikian kapsyen yang ditulis di laman Facebook sekolah berkenaan.

Sesi persekolahan 2024/2025 Kumpulan A bermula hari ini iaitu bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Watak Bumblebee dari filem popular Transformers menggembirakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Simpang Jeram, Muar, Johor. – Gambar Facebook Sekolah Kebangsaan Simpang Jeram, 10 Mac, 2024

Bagi Kumpulan B iaitu sekolah-sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bermula esok.

Tahun ini, Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan pendekatan baharu, tiada pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah pada minggu pertama.

Sebaliknya ia diisi dengan aktiviti yang mewujudkan suasana ceria di sekolah serta penerapan adab dan akhlak.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan sebelum ini dilaporkan berkata, dalam minggu pertama, pengurusan sekolah perlu mengalu-alukan kehadiran murid dan pelajar dan memastikan mereka seronok untuk hadir ke sekolah.

Minggu pertama juga jelasnya wajar dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti menyeronokkan yang bangunkan emosi anak murid serta guru untuk melaksanakan proses pendidikan formal nanti. – 10 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related