◉ HEADLINES

Polis kesan lelaki disyaki sengaja sebabkan kemalangan untuk dapatkan ganti rugi

Berdasarkan siasatan, lelaki itu didakwa sengaja mencetuskan kemalangan di beberapa lokasi sekitar George Town, Jalan Masjid Negeri, Taman Tun Sardon dan Bukit Gambir

10:51 PM MYT

 

GEORGE TOWN — Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki sengaja menyebabkan kemalangan kerana ingin mendapatkan ganti rugi dan video mengenai insiden itu tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata berdasarkan siasatan, lelaki itu didakwa sengaja mencetuskan kemalangan di beberapa lokasi sekitar George Town, Jalan Masjid Negeri, Taman Tun Sardon dan Bukit Gambir.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian membabitkan lelaki itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada kami,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal sengaja mencetuskan kemalangan dengan melanggar kenderaan lain sebelum mendakwa kesalahan itu berpunca daripada pemilik kenderaan terbabit.

Suspek kemudian meminta ganti rugi antara RM30 hingga RM100. – 10 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related