◉ HEADLINES

Cadangan pinda Perlembagaan isu warganegara: Saifuddin yakin terima sokongan

Beliau akan memberi pencerahan kepada semua Ahli Parlimen bagi memastikan ia diterima baik di Dewan Rakyat

1:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam usaha memberi penjelasan terperinci di Dewan Rakyat mengenai cadangan kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, berkait undang-undang warganegara.

Beliau berkata, penjelasan itu penting bukan sahaja memberi pencerahan kepada semua ahli dewan, malah bagi memastikan ia diterima baik wakil rakyat berkenaan.

Malah, beliau yakin cadangan kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan itu akan mendapat sokongan.

“Saya sekarang dalam siri memberi penjelasan kepada Ahli Parlimen.

“Dan saya yakin jika saya berpeluang untuk terus memberikan penjelasan macam ini, seperti sekarang saya jelaskan pada rakan wartawan dan wartawan bantu tulis, saya yakin pindaan ini boleh mendapat sokongan diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Sesi Dialog Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2024 di Maktab PDRM di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menerusi laporan sebuah portal menyuarakan ikrarnya untuk membantah cadangan itu, terutama mengenai peruntukan yang mahu disekat Putrajaya mengenai hak anak-anak mendapat kerakyatan automatik.

Hassan berkata, kerajaan tidak mempunyai sebab untuk meminda peruntukan yang memberikan kewarganegaraan melalui undang-undang kepada kanak-kanak terbiar.

“Mengapa perlu dipinda peruntukan undang-undang yang baik, penuh rasa ehsan, timbang rasa dan kemanusiaan yang sudah berkuat kuasa selama ini.

“Mengapa kuasa menentukan kewarganegaraan bayi tidak berdosa itu, dirampas dari Perlembagaan Persekutuan untuk diserah kepada kuasa seorang Menteri Dalam Negeri, selain sebuah birokrasi pentadbiran yang dipanggil Kementerian Dalam Negeri.

“Apa makna sebuah kerajaan yang menggelar diri mereka kerajaan reformasi dan kerajaan Madani, tetapi sikap mereka dalam hal asasi hak manusia membabitkan bayi tidak berdosa ini, tidak langsung menunjukkan rasa peri ehsan, kasih sayang dan berperikemanusiaan,” kata Hassan. – 11 Mac,2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related