◉ HEADLINES

HTJ tubuh jawatankuasa siasat dakwaan salah laku pakar ortopedik

Ada aduan mendakwa pakar ortopedik itu membuat serangan seksual terhadap pegawai perubatan wanita dan mengeluarkan kata-kata lucah

7:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu jawatankuasa khas ditubuhkan pengurusan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban bagi menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan salah laku membabitkan pegawai perubatannya.

Pengarah HTJ, Datuk Dr Zaleha Md Noor berkata, dakwaan tular di media sosial itu mendakwa pakar ortopedik hospital berkenaan bersikap kurang sopan.

“HTJ ingin merujuk kepada hantaran tular di aplikasi Telegram pada 3 Mac 2024 dan di laman media sosial X (Twitter) pada 8 Mac 2024, berkaitan pakar ortopedik hospital ini yang didakwa kurang sopan.

“Kandungan hantaran tersebut menyenaraikan dakwaan salah laku yang berlaku di Jabatan Ortopedik HTJ,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak diminta tidak melakukan apa-apa andaian berhubung dakwaan itu.

“Kami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap pihak terlibat sehingga siasatan kami selesai sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa aduan mengenai pakar ortopedik di hospital berkenaan, antaranya dikatakan menghina dan menggunakan perkataan kurang sopan terhadap pegawai perubatan serta jururawat di hadapan pesakit.

Malah, ada aduan mendakwa pakar ortopedik itu membuat serangan seksual terhadap pegawai perubatan wanita dan mengeluarkan kata-kata lucah. – 11 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

No fiscal burden: Post-maternity allowance to support working mothers with no cost to employers: Perkeso

Perkeso says new scheme eases living costs and boosts female workforce participation

◉ Related