◉ HEADLINES

Rasuah, ketirisan cukai RM400 juta: 5 kakitangan Kastam ditahan SPRM

Mereka didakwa menerima rasuah RM8 juta, akan ada lagi tangkapan selepas ini

10:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menahan lima kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor yang disyaki menerima rasuah bernilai RM8 juta.

Ketika dihubungi Scoop, sumber SPRM memberitahu, ia melibatkan dakwaan melepaskan barang iaitu barang yang tidak diperiksa dan pengurangan cukai melibatkan nilai ketirisan berjumlah RM400 juta.

Menurut beliau, selain itu dalam operasi yang dijalankan malam ini, SPRM turut menahan tiga orang awam bagi membantu siasatan.

“Akan ada lagi tangkapan selepas ini. Kita giat buru pegawai Kastam yang disyaki terlibat sama.

“Mereka disyaki menerima rasuah RM8 juta dengan jumlah ketirisan cukai sebanyak RM400 juta,” katanya.

Beliau menambah, tiga orang awam yang ditahan itu melibatkan pemilik sebuah syarikat dan ejen penghantaran. – 11 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related