◉ HEADLINES

Persatuan pengusaha kantin gesa KPM beri kelonggaran tentukan operasi ketika Ramadan

Arahan membuka kantin pada Ramadan sering kali timbulkan banyak keresahan kepada pengusaha kantin

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sepatutnya memberi kelonggaran kepada pihak sekolah dan pengusaha menentukan sama ada kantin sesuai dibuka atau sebaliknya sepanjang Ramadan.

Bercakap kepada Scoop, Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PKSM), Khairuddin Hamzah berkata, ia kerana setiap sekolah berdepan situasi berbeza, termasuk jumlah murid bukan Islam dan bebanan kos operasi yang perlu ditanggung pengusaha.

“Arahan membuka kantin pada Ramadan sering kali timbulkan banyak keresahan kepada pengusaha kantin.

“Misalnya, sekolah yang majoritinya (murid) Islam, sepatutnya perlu ada kelonggaran untuk kantin tutup operasi.

“Sebab tak masuk akal kalau kantin dipaksa dibuka dengan murid bukan Islam kurang daripada 80 orang. Malah, ada sekolah menengah yang hanya ada seorang sahaja murid bukan Islam. Situasi seperti ini sebabkan pengusaha tanggung rugi, ada sampai ribuan ringgit jika beroperasi,” katanya.

Terdahulu Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kantin di semua sekolah beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan bagi memudahkan pelajar bukan Islam, mendapatkan makanan ketika waktu rehat.

Bagaimanapun, pengumuman terbabit mencetuskan polemik dalam kalangan ahli politik dengan Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS, Datuk Ahmad Yahaya mengecam langkah itu sebagai keterlaluan dan tidak menghormati Ramadan.

Namun, kenyataan pemimpin PAS itu diselar Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang meminta parti terbabit berhenti mempolitikkan isu berkenaan, malah pemimpin pembangkang lebih cenderung mengeluarkan kenyataan memecahbelahkan masyarakat dan bukannya memupuk perpaduan.

Dalam pada itu, Khairuddin mencadangkan supaya KPM mengambil langkah sewajarnya, antaranya mengubah takwim dengan meletakkan Ramadan sebagai cuti persekolahan bagi tahun akan datang.

“KPM juga digesa supaya mengecualikan bayaran sewa kantin bagi Ramadan, selain dapat mengelakkan pengusaha kantin kerugian,” katanya.

Beliau berkata, kritikan sesetengah pihak terhadap keputusan KPM itu, mungkin ada asasnya mengambil kira Ramadan adalah bulan untuk mendidik murid berpuasa.

“Di sekolah rendah, murid tahun satu, dua dan tiga wajar dibenarkan turun makan di kantin sekiranya mereka tidak mampu berpuasa.

“Tetapi bagi murid tahun empat, lima dan enam walaupun ramai belum wajib berpuasa kerana masih belum baligh, mereka ini sepatutnya mampu menjalani ibadat puasa atau sekurang-kurangnya tidak makan di tempat awam bagi menghormati orang Islam lain yang berpuasa.

“Manakala bagi sekolah menengah pula, walaupun ada pelajar perempuan yang tidak dapat berpuasa, sudah menjadi amalan untuk tidak menunjukkannya kepada umum,” katanya. – 14 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related