◉ HEADLINES

Semak kualiti rumah mampu milik dibina Scientex: Wan Saiful

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mendakwa terima banyak aduan mengenai kualiti pembinaan termasuk pintu tidak dipasang dengan betul

11:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan harus menyemak kualiti rumah-rumah mampu milik yang dibina oleh Scientex Berhad (Scientex) dan cara mereka menyelesaikan aduan kecatatan (defects) sebelum mempertimbang apa-apa kelulusan kepada syarikat tersebut.

Perkara itu diketengahkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa terlalu banyak aduan diterimanya mengenai kualiti rumah mampu milik yang dibina oleh Scientex khususnya di dalam kawasan Parlimen diwakilinya itu.

“Saya bimbang jika pembeli di lokasi lain juga akan mengalami masalah yang sama. Saya telah beberapa kali melawat rumah-rumah mampu milik yang dibina dan dijual oleh Scientex di Tasek Gelugor.

“Terlalu banyak kecacatan yang saya lihat sendiri. Pintu tidak dipasang dengan betul. Dinding simen yang tidak rata. Lantai yang tidak sempurna dan banyak lagi,” katanya hari ini.

Wan Saiful berkata, pihaknya pernah memanggil wakil Scientex untuk bertemu wakil-wakil pembeli dan semasa perbincangan pelbagai janji diberikan.

“Tapi sehingga hari ini masalah masih belum selesai dan proses pembaikan amat perlahan,” dakwanya.

Untuk itu menurutnya, kerajaan mesti mengkaji semula sikap terhadap syarikat seperti Scientex, termasuk dalam proses pembelian tanah baharu yang dikatakan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

Katanya, sikap mereka menimbulkan kesangsian adakah benar-benar mahu membantu rakyat atau rakus mengejar keuntungan sahaja.

“Benar kita semua menyokong usaha untuk membina rumah mampu milik. Saya juga menghargai usaha Scientex membina rumah mampu milik di kawasan saya. Tetapi kualiti rumah yang dibina dan sikap mereka yang terlalu berlengah dalam memperbaiki kecacatan amat mengecewakan,” katanya. – 14 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related