◉ HEADLINES

Lelaki selamat selepas kereta dipandu langgar gajah

Mangsa tidak sempat mengelak haiwan itu yang berada di atas jalan

10:02 AM MYT

 

KUALA TERENGGANU — Berpantang maut sebelum ajal. Seorang lelaki bernasib baik apabila terselamat selepas kenderaan yang dipandunya melanggar seekor gajah di Kampung Kolam, Setiu, di sini malam semalam. 

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Afandi Husin berkata mangsa Sharul Azma Che Samaon, 42, tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu. 

Beliau berkata bagaimanapun, bahagian hadapan kereta mewah jenis Porsche Cayenne dipandu mangsa yang merupakan seorang pengurus syarikat, rosak dengan cermin retak, bampar dan lampu pecah selain kemek pada bonet dan ‘fender’. 

“Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.15 malam daripada anggota bertugas Kaunter Aduan Trafik Setiu. 

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari Rhu 10 hendak ke Lembah Bidong dan setibanya di lokasi kejadian iaitu di Kilometer 45, Kampung Kolam di Jalan Kuala Terengganu – Kampung Raja dia tidak sempat mengelak haiwan itu yang berada di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Afandi berkata gajah berkenaan yang dilihat berkeliaran di kawasan tersebut pada 6.30 petang semalam dilaporkan cedera di bahagian kaki dan terjatuh di tempat kejadian sebelum melarikan diri ke dalam hutan berhampiran kira-kira 10 minit kemudian. 

“Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Daerah Besut telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

“Usaha mengesan gajah tersebut masih diteruskan oleh sembilan anggota Perhilitan Besut dibantu orang awam. Haiwan liar itu dipercayai menuju ke Bukit Putera, Setiu melalui jalan hutan,” katanya. 

Sementara itu menerusi hantaran di Facebook, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Dr Azman Ibrahim berkata gajah berkenaan telah berada dalam pemerhatian Perhilitan Terengganu sejak beberapa hari lepas kerana didapati berkeliaran di sekitar Setiu dan dalam proses tangkap pindah. – 16 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related