◉ HEADLINES

Tadika umpama rumah usang risaukan orang ramai, menunggu masa rebah ke bumi

Dengan keadaannya yang hampir roboh, aspek keselamatan kanak-kanak dan guru mencetuskan kebimbangan

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Adakah ini tadika? Ramai yang terkejut apabila mendapati rumah usang ini merupakan sebuah taman didikan kanak-kanak (tadika) Kemas kawasan Jelupang, di Sarawak.

Dengan keadaannya yang hampir roboh, sudah tentu aspek keselamatan kanak-kanak dan guru menjadi perhatian utama.

Tadika itu dipercayai dibina sejak 10 tahun lalu.

Keadaan ini didedahkan oleh pembantu tadika itu, Steward Belitang menerusi akaun Facebook yang memaparkan gambar tadika tersebut berserta kapsyen ‘biar gambar berbicara’.

Jelas Steward yang juga pembantu tadika di situ, dia berbuat demikian bagi membolehkan pihak terbabit mengambil tindakan segera terhadap masalah yang dialami oleh penduduk di kampung itu yang menghantar anak mereka ke tadika tersebut.

Tambahnya, tadika itu masih digunakan dan dia turut memuatnaik gambar kanak-kanak belajar di dalamnya.

“Tujuan untuk ditularkan ke media sosial adalah supaya kerajaan atau wakil rakyat atau kementerian mengambil langkah segera untuk memastikan pondok ini selamat untuk diduduki,’’ katanya.

Justeru Steward turut meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) Jelupang dan Roban supaya segera membaiki tadika tersebut.

Dalam pada itu, Borneo Network melaporkan Stewart memaklumkan keadaan daif tadika berkenaan sudah dibincangkan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

Mohamad mengarahkan JKKK untuk membuat surat rasmi kepada kementerian yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. – 16 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related