◉ HEADLINES

‘Laju betul buat kerja, memang win’, netizen terhibur aksi tauke Mydin ikut trend kabur wajah

Video tersebut mencuit hati netizen yang menyifatkan pasar raya tersebut pantas dan sering mengikuti perkembangan semasa

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selepas wajah pelakon, Ruhainies disunting dan dikaburkan dalam iklan ucapan Ramadan satu jenama kecantikan di YouTube susulan insiden dakwaan khalwat, nampaknya trend itu kini menjadi ikutan ramai.

Terbaharu, pasar raya Mydin turut tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam trend kabur wajah itu.

Menerusi video iklan Bazar Ramadan pasar raya berkenaan yang dikongsi di TikTok, wajah Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin dikaburkan.

Bagaimanapun, wajah dua cef selebriti iaitu Hamdan Mubarak dan Aisha Tan (Soya Belacan) serta seorang pemuda dalam video itu tidak dikaburkan.

Video tersebut berjaya mencuit hati netizen yang menyifatkan pasar raya tersebut pantas dan sering mengikuti perkembangan semasa.

“Laju Mydin buat kerja. Memang win!” kata Cik Ana.

“Mydin bab perli memang ke depan. Siot betul,” kata Key.

“Terpaling mengikuti isu semasa. Terbaik,” kata Afifahrosli.

“Hahaha. Mydin ni kalau bab marketing (pemasaran) up to date (ikut trend) betul!” kata Cikrose.

@mydinmalaysia Nak rasa recipe-recipe daripada influencer macam Hamdan & soya belacan, korang boleh mai Pasar Raya Besar MYDIN berdekatan korang! Bukan tu je ada, lebih 100 menu pilihan untuk juadah berbuka untuk korang beli! #MYDINMalaysia #TikTokMalaysia #BazarRamadan ♬ original sound – Mydin Malaysia

Sementara itu, rata-rata pengguna TikTok memuji sikap Ameer yang cukup sporting kerana boleh menerima idea pemasaran kakitangan syarikatnya.

“Hebat Datuk Ameer boleh terima idea-idea marketing (pemasaran) budak-budak muda. Tak semua bos yang berumur nak terima idea content macam ni,” kata Soo Lee Hyun.

“Awal Datuk buat kerja. Hahaha, sensor (kaburkan) jangan tak sensor,” kata Kiey.

“Datuk ni kalau dapat lepak dengan dia mesti aku ketawa terbahak-bahak,” kata Q’s.

Terdahulu, nama Ruhainies dan pelakon, Aliff Aziz menjadi bualan hangat selepas dicekup berkhalwat di kediaman milik pelakon wanita itu.

Difahamkan tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berdasarkan maklumat orang awam. – 17 Mac 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related