◉ HEADLINES

Keterlaluan! Chef remaja sensasi lapor kepada MCMC jenaka seksual, komen lucah di X

Danish Harraz Abd Hafiz berkata, laporan polis akan difailkan tidak lama lagi

7:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Chef remaja popular, Danish Harraz Abd Hafiz membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan kata-kata biadap dan tidak sepatutnya yang ditujukan kepadanya menerusi media sosial baru-baru ini.

Menerusi akaun X, remaja berusia 17 tahun itu mengesahkan mengenai perkara tersebut dan akan membuat laporan polis tidak lama lagi.

Laporan terbabit dipercayai melibatkan ‘jenaka berbaur seksual’ yang dibuat segelintir individu mengenai X terhadapnya beberapa hari lalu.

Dalam hantaran berasingan, Danish berkata, dia tidak membuat laporan lebih awal kerana kasihan pada individu terbabit dan mahu pihak tersebut menghentikan perkara tersebut.

“Danish kasihan kerana Danish tau dia susah sebab itu Danish tak sampai hati. Tapi apa yang dia dan kawan-kawan dia buat tetap salah dan Danish sudah consult parents Danish untuk apa perlu Danish buat,’’ tulisnya.

Tindakan yang dibuat oleh Danish untuk membuat laporan tersebut mendapat sokongan daripada netizen yang menyifatkan perbuatan siber buli perlu dihentikan dengan segera.

Ketika berusia 13 tahun, Danish mendapat perhatian media antarabangsa apabila kisahnya yang terlibat dalam memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, dipaparkan di BBC My World iaitu sebuah siri dalam talian yang diterbitkan oleh Angelina Jolie sebagai penerbit eksekutif dan BBC World Service.

Dalam episod #CoronaKindness itu, Danish berkongsi mengenai kisahnya menyediakan makanan sepanjang PKP. – 17 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related