◉ HEADLINES

Pertemuan PM, CEO Microsoft dijadual semula ke tarikh baharu

Satya Nadella sebelum ini dijadualkan mengunjungi Malaysia pada 20 Mac, 2024

9:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft, Satya Nadella telah dijadual semula pada tarikh baharu.

Bercakap kepada Bernama, jurucakap Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, ini berikutan perubahan jadual asal kunjungan Nadella ke Asia Tenggara.

Beliau sebelum ini dijadualkan mengunjungi Malaysia pada 20 Mac, 2024.

“Kami difahamkan kunjungan awal beliau ke beberapa negara di rantau ini telah dijadual semula berikutan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan terbaharu berkaitan pertemuan berkenaan.

Beliau berkata, tarikh baharu bagi kunjungan Nadella ke Malaysia akan diumumkan sebaik sahaja dapat disahkan kelak.

Laporan sebelum ini menyatakan Nadella dijadualkan mengunjungi Bangkok, Kuala Lumpur dan Jakarta dalam kunjungan ke Asia Tenggara dari 19-21 Mac, 2024, termasuk menghadiri acara berasingan ‘Microsoft Build: AI Day.’ – 17 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related