◉ HEADLINES

Kilang edar stoking kalimah Allah tutup operasi, mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Penutupan sementara itu juga dipercayai bertujuan meredakan keadaan dan melindungi keselamatan pekerja

4:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang di kawasan perindustrian Sri Gading dekat Batu Pahat, Johor yang terbabit dengan kontroversi pengedaran stoking tertera tulisan ‘Allah’ dikatakan menutup operasinya bermula hari ini.

Difahamkan, notis penutupan itu dimaklumkan menerusi memo yang ditampal di pintu utama tanpa memaklumkan bila pengoperasian semula syarikat itu akan kembali disambung.

Penutupan itu dilakukan sehari selepas pihak pengurusan mengeluarkan kenyataan terhadap kebimbangan mengenai kebocoran data peribadi pegawai di syarikatnya serta ancaman mahu membakar premis itu.

Penutupan sementara itu juga dipercayai bertujuan meredakan keadaan dan melindungi keselamatan pekerja susulan tekanan serta desakan supaya membuat permohonan maaf terbuka atas tindakannya.

Sehelai kain rentang digantung di pagar utama kilang terbabit yang tertera permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas kejadian berkaitan stoking memaparkan kalimah Allah yang ditemukan di kedai serbaneka di Bandar Sunway, baru-baru ini.

“Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian itu hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat,” jelas tulisan di kain rentang terbabit.

Dalam permohonan maaf itu, pihak pengurusan turut menyenaraikan tiga perkara utama iaitu berjanji atas komitmen untuk sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat berbilang agama, memelihara keharmonian dan meningkatkan usaha kawalan kualiti.

Semalam syarikat pengedar stoking, Xin Jian Chang Sdn. Bhd. yang terbabit dengan kontroversi pengedaran stoking tertera kalimah Allah memaklumkan kebimbangan kebocoran data peribadi pegawai di syarikatnya.

Syarikat berkenaan dalam kenyataan memaklumkan, kebocoran data peribadi di laman sosial itu memaparkan alamat kediaman pengurusan tertinggi syarikat.

“Malah terdapat juga ancaman keganasan, termasuk membakar kilang kami dan membahayakan nyawa,” katanya. – 20 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

◉ Related