◉ HEADLINES

Bernas laksanakan pelarasan harga beras import putih kepada RM3,000 per tan metrik

Ia seiring pengumuman kerajaan dalam memastikan bekalan beras yang mencukupi dan stabil untuk isi rumah di seluruh negara

10:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Padiberas Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan pelarasan harga jualan beras putih import (BPI) di pintu gudang Bernas di Semenanjung daripada RM3,200 kepada RM3,000 per tan metrik.

Bernas dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu selaras dengan pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu semalam, berkenaan penurunan harga jualan BPI di antara RM2 hingga RM3 bagi setiap kampit 10 kilogram di peringkat runcit.

“Bernas menyambut baik keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan harga beras putih dan memuji langkah proaktif Kerajaan Madani dalam menangani kos sara hidup rakyat.

“Ia membuktikan komitmen Bernas dalam menjamin ketersediaan produk walaupun trend harga BPI masih berlegar di paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun lepas,” katanya.

Menurutnya, Bernas bergerak seiring dengan pengumuman kerajaan dan kekal berdedikasi dalam memastikan bekalan beras yang mencukupi dan stabil untuk isi rumah di seluruh negara.

“Bernas turut memuji langkah intervensi kerajaan dalam meningkatkan pengedaran beras putih tempatan,” katanya.

Bernas mengulangi pendiriannya untuk terus meyokong dan mendokong agenda keterjaminan makanan serta bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan pemain industri.

“Syarikat mengulangi komitmennya terhadap pelan jangka panjang KPKM, mengutamakan kebajikan pesawah dan mengekalkan kelestarian rantaian bekalan beras di dalam negara,” katanya.

Tambah kenyataan itu, Bernas kekal fokus dalam memenuhi obligasi sosialnya mengurus stok penimbal dan beroperasi sebagai pembeli beras terakhir daripada pesawah dengan mengutamakan kepentingan negara walaupun berdepan dengan keadaan pasaran global yang tidak menentu.

Semalam kerajaan menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) bersetuju harga jualan runcit beras putih import (BPI) diturunkan antara RM2 hingga RM3 di pasaran.

Menurut KPKM, semua stok semasa padi dan beras yang sudah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan metrik pula dapat diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta-merta. – 20 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related