◉ HEADLINES

Polis cari pemilik bagasi berisi lebih RM500,000, tertinggal di Damansara

Bagasi merah jambu berisi wang kertas RM10, RM50 dan RM100 itu ditemukan seorang pengawal keselamatan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah

4:13 PM MYT

 

PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara di sini pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengawal keselamatan berusia 30-an itu semalam berkaitan penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana pada 8 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan polis mendapati bagasi itu berisi wang kertas RM10, RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000 dan dipercayai tulen, namun polis akan mendapatkan pengesahan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut Hussein, pihak polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah itu, namun tidak meliputi lokasi bagasi ditemukan.

“Susulan itu, kita membuka kertas enkuiri polis berkaitan penemuan wang berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hussien meminta mana-mana individu yang tertinggal bagasi berisi wang berkenaan tampil ke Balai Polis Petaling Jaya atau menghubungi talian 03-7966 2222 dengan membawa bukti-bukti berkaitan.

“Jika tiada mana-mana kndividu yang menuntut wang ini, kita akan serahkan kepada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – 21 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related