◉ HEADLINES

Saya kenang ‘Aunty Bersih’ sebagai aktivis gigih, jadi teladan desak bawa perubahan: PM

Terdahulu, Bersih dalam satu hantaran di media sosialnya turut berdukacita dengan kematian Aunty Anne

11:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Anne Ooi, 78, yang meninggal dunia semalam.

Beliau menyifatkan mendiang atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Aunty Bersih’ sebagai aktivis yang gigih, malah menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.

“Hari ini (semalam) dilaporkan Anne Ooi atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Aunty Bersih’ telah meninggal dunia pada umur 78 tahun.

“Saya kenang beliau tidak hanya sebagai aktivis yang gigih, malah merupakan teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.

“Saya ucap takziah kepada keluarga mendiang Anne dan mendiang ternyata terus gagah di depan menjadi antara ikon rakyat sehingga akhir hayat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Kelibat mendiang sering kali dilihat dalam siri demonstrasi jalanan dianjurkan Bersih sebelum ini yang diadakan di ibu negara.

Terdahulu, Bersih dalam satu hantaran di media sosialnya turut berdukacita dengan kematian Aunty Anne.

“Kami sedih untuk berkongsi bahawa Anne Ooi, yang dikenali oleh ramai rakyat Malaysia sebagai ‘Aunty Bersih’ telah meninggal dunia.

“Bekas guru Bahasa Inggeris itu berjalan demi demokrasi Malaysia pada 2 Julai 2009 dan berhadapan dengan gas pemedih mata serta meriam air.

“Imej ikonik ‘Aunty Bersih’ berpakaian kemeja-T kuning terang sambil memegang bunga kekwa putih dan basah disimbah air bercampur kimia di luar Hospital Tung Shin menjadi imej yang menterjemahkan perhimpunan Bersih 2,” katanya. – 27 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related