◉ HEADLINES

Jambatan Baltimore runtuh: 2 mayat pekerja binaan ditemukan dalam sungai

Operasi mencari dan menyelamat ditukar kepada usaha pemulihan pada pagi semalam

9:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua mayat ditemukan penyelam di dalam sungai susulan insiden jambatan runtuh akibat dilanggar kapal kargo yang sedang melalui Pelabuhan Baltimore, kelmarin.

Kedua-dua mayat berkenaan dibawa keluar dari Sungai Patapsco sehari selepas insiden kapal kargo melanggar struktur sokongan Jambatan Francis Scott Key sebelum jambatan terbabit runtuh.

Mayat tersebut dikenal pasti sebagai Alejandro Hernandez Fuentes, 35 dari Baltimore dan Dorlian Ronial Castillo Cabrera, 26 dari Dundalk.

Fuentes berasal dari Mexico manakala Cabrera dari Guatemala.

Misi mencari dan menyelamat enam lelaki yang masih hilang, kesemuanya pekerja binaan, dihentikan malam Selasa selepas Laksamana Muda Pengawal Pantai, Shannon Gilreath berkata, tiada harapan untuk menemui mereka masih hidup kerana suhu air yang sejuk ketika itu.

Operasi mencari dan menyelamat ditukar kepada usaha pemulihan pada pagi semalam.

Pegawai memaklumkan, mereka tidak menetapkan tarikh tertentu bila jambatan itu mungkin dibuka semula, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap gangguan ekonomi dan perdagangan disebabkan oleh tragedi itu.

Jambatan itu menjadi penghubung kritikal untuk trak dan kenderaan bermotor yang menghubungkan Washington DC, Baltimore, Philadelphia dan New York.

Pelabuhan Baltimore menyediakan kira-kira 8,000 pekerjaan untuk penduduk di kawasan sekitarnya.

Terdahulu, kapal kargo Dali kapal yang berdaftar di Singapura itu dilaporkan kehilangan kuasa dan gagal menjatuhkan sauh untuk memperlahankan kapal, menyebabkan pihak berkuasa tidak cukup masa untuk menghentikan lalu lintas di jambatan dan berkemungkinan mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih besar.

Kapal sepanjang 290 meter itu dilaporkan dalam perjalanan dari Baltimore ke Colombo, Sri Lanka sebelum melanggar jambatan itu.

Insiden terbabit telah menutup Pelabuhan Baltimore sepenuhnya dan menimbulkan kekacauan lalu lintas di Baltimore yang padat dengan penduduk.

Menurut penganalisis, insiden jambatan runtuh itu boleh menyebabkan syarikat insurans menanggung kos berbilion dolar dalam tuntutan, dengan meletakkan kos sebanyak AS$4 bilion yang akan menjadikan tragedi itu sebagai rekod kerugian insurans perkapalan. – 28 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related