◉ HEADLINES

Dua maut, 14 cedera kemalangan bas persiaran di Lebuhraya Karak

Kemalangan melibatkan16 penumpang, termasuk empat warga asing itu menyebabkan kesesakan trafik yang sangat teruk

11:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua penumpang maut selepas sebuah bas persiaran yang dalam perjalanan ke Pantai Timur, terbabit kemalangan dan terbalik di Kilometer (KM) 51.4 Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak arah Kuantan pagi ini.

Kemalangan berhampiran Hentian Rehat Lentang itu difahamkan mengakibatkan 14 penumpang bas dan pemandunya cedera.

Difahamkan, semua mangsa dihantar ke Hospital Bentong.

Menurut media, polis mengesahkan kesesakan aliran trafik teruk berlaku di laluan itu.

Terdahulu, bas itu difahamkan terbalik pada kira-kira jam 7.50 pagi di laluan Bukit Tinggi menghala ke Lentang berkenaan.

Bas itu membawa 16 penumpang, termasuk empat warga asing.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, Badrul Hisham Saari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.53 pagi mengenai kemalangan terbabit.

Katanya, sepasukan 19 anggota BBP berkenaan dihantar ke lokasi untuk kerja menyelamat.

“Pasukan bomba yang menggunakan lima jentera tiba di tempat kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari BBP Bentong pada jam 8.12 pagi,” katanya kepada media.

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related