◉ HEADLINES

Elak sambal ciplak, beli langsung dari kedai dalam talian kami: Khairul Aming

Khairul Aming juga berkata, beliau tidak pernah melantik sesiapa untuk jualan secara runcit

9:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Semua produk sambal dan Dendeng Nyet Berapi keluaran usahawan terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming hanya dijual secara talian pada harga RM13.99 dan RM14.99.

Ia ditegaskan oleh Khairul Aming susulan tindakan pihak berkenaan yang mengambil kesempatan dengan menjual produk tersebut hampir tiga kali ganda di pasar raya di Sarawak.

Tegas Khairul Aming, beliau juga tidak pernah melantik sesiapa untuk jualan secara runcit dan jika mahu berbuat demikian sudah pasti ia akan diumumkan.

“Kotak display warna merah ni pun tak tahu datang dari mana, bukan kita yang print. Please buy from our online store sahaja untuk elakkan isu sambal ciplak yang basi macam 3 tahun lepas,’’ katanya menerusi hantaran di aplikasi X.


Beliau mengulas mengenai hantaran di X yang mendakwa produk Dendeng Nyet Berapi dijual pada RM39.90 di sebuah pasar raya di Sarawak.

“Saya tahu penghantaran mahal tapi RM39.90 adalah hampir tiga kali secara dalam talian (RM14.99)

“Saya ingin menyokong anda, tapi ia terlalu mahal. I hope you can adjust your cost & lower the price, tq!” katanya.

Produk Dendeng Nyet Berapi dilancarkan pada Februari lalu dan habis dijual dalam masa 3 minit 39 saat.

Produk pertamanya, Sambal Nyet dan jualan produk terbabit mencecah RM20 juta iaitu peningkatan 40% dari 2022. – 29 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related