◉ HEADLINES

Polis tembak mati lima penjenayah di Putra Heights

Sepasukan polis terdiri daripada pegawai dan anggota mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan berhenti untuk pemeriksaan

9:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menembak mati lima penjenayah yang disyaki aktif terlibat dalam kes samun bersenjata di Putra Heights, Selangor, malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira 11.30 malam tadi.

“Satu sidang media akan diadakan berhubung insiden ini,” katanya ringkas.

Difahamkan, dalam kejadian itu, sepasukan polis terdiri daripada pegawai dan anggota telah mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

Namun, kesemua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis sebelum berlaku insiden berbalas tembakan. – 30 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related