◉ HEADLINES

Sultan Pahang zahir dukacita insiden lempar bola api KK Mart

Paduka Baginda mengecam sekeras-kerasnya dan menyifatkan kejadian tersebut sebagai tindakan yang menyalahi undang-undang serta kepercayaan agama

12:06 AM MYT

 

KUANTAN — Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan insiden melempar bola api di cawangan kedai serbaneka KK Mart Sungai Isap di sini hari ini. 

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya berkata baginda menerima sembah maklum polis Pahang mengenai kejadian itu dan menitahkan supaya polis memberi perhatian serius serta mengambil tindakan tegas dan segera berhubung perkara tersebut. 

“Paduka Baginda mengecam sekeras-kerasnya dan menyifatkan kejadian tersebut sebagai tindakan yang menyalahi undang-undang serta kepercayaan agama yang sentiasa menitikberatkan keamanan dan kemakmuran.

“Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat, khususnya rakyat Pahang, supaya tidak mudah terpengaruh dengan naratif perkauman yang boleh mengganggu-gugat keharmonian yang dinikmati selama ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata Sultan Pahang turut bertitah semua pihak perlu menghormati kedaulatan undang-undang serta tidak bertindak melampaui batas dan mengingatkan rakyat agar menghormati proses undang-undang yang telah diambil oleh kerajaan berhubung kes penjualan stoking tertera kalimah Allah.

“Sehubungan itu, bersempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, Paduka Baginda menyeru semua rakyat supaya berdoa agar negeri Pahang dan negara Malaysia sentiasa diberkati dan dirahmati,” katanya. – 31 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related