◉ HEADLINES

Kes warga Israel: Polis akan bertindak terhadap beberapa individu

Saifuddin Nasution berkata, polis sudah mengenal pasti beberapa nama untuk tindakan

12:18 AM MYT

 

LAHAD DATU – Polis akan mengambil tindakan terhadap beberapa lagi individu yang dikaitkan dengan penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam senjata api di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak polis sudah mengenal pasti beberapa nama untuk tindakan mereka.

“Kita berjaya menemukan semua senjata yang beliau miliki dan tinggal sekarang polis buat pengumuman penangkapan beberapa lagi yang terlibat…akan ada lagi pemantauan pihak polis setelah hasil soal siasat itu mendapati ada lagi individu disyaki terlibat.

“Jadi pada peringkat sekarang, kita serah kepada kebijaksanaan pasukan polis untuk buktikan betul atau tidak kedatangan lelaki itu seperti disebut atau yang lain, semua dalam rangka soal siasat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penerapan nilai-nilai murni dan ihya Ramadan sempena ulang tahun ke-11 Eastern Sabah Security Command (Esscom) di sini, hari ini.

Semalam, dilaporkan seorang lelaki warga Israel berumur 36 tahun ditahan polis bersama enam pucuk pistol dan 200 peluru hidup di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur, Rabu lepas.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata, keamanan, ketenteraman awam dan keselamatan rakyat di negara ini adalah terjaga.

“Beri ruang pada polis, ini kerja polis, buat masa sekarang semua pihak, termasuk jelata elak buat alasan dan spekulasi.

“Saya yakin dengan kemajuan siasatan polis kerana tangkapan warga Israel ini yang gunakan pasport perjalanan Perancis, berjaya dikesan dengan senjata dalam tempoh 48 jam,” katanya.

Beliau berkata, Esscom yang kini melangkah ke tahun ke-11, memiliki rekod gilang-gemilang kerana berjaya mengekang jenayah penculikan untuk wang tebusan dan kes itu sudah tidak berlaku sejak 2020.

“Ancaman keselamatan itu di Sabah jauh berkurangan dengan adanya Esscom, malah semua statistik menunjukkan pantai timur Sabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan menarik.

“Beberapa bulan lepas, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Sempadan dan pihak Tourism Malaysia membuat pembentangan bagaimana kedatangan pelancong pada trend yang meningkat,” katanya.

Menurutnya, perkara itu dibantu perubahan strategi dari segi koordinasi, selain mengkategorikan kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Ess Zone) sebagai bukan kawasan perintah berkurung sebaliknya perintah kawalan pergerakan.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan bantuan bakul makanan serta duit raya kepada 25 orang kurang upaya dan 19 anak yatim yang juga anak petugas pasukan keselamatan di Lahad Datu. – 31 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related