◉ HEADLINES

Penjawat awam terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada Jumaat ini: Perdana Menteri

Bagi pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen pula, mereka akan menerima RM250

9:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Menurut beliau, semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima RM500 dan bakal disalurkan seawal 5 April ini.

Bagi pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen pula, mereka akan menerima RM250.

Perdana Menteri berkata demikian pada sesi perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

“Saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK (Bantuan Khas Kewangan) Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 10 April ini. – 1 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related