◉ HEADLINES

Siti Kasim nak lancar boikot klinik saya? Silakan: Dr Akmal

Dr Muhamad Akmal Saleh menerima link X mengatakan Siti Kasim mahu melancarkan boikot terhadap kliniknya di Merlimau, Melaka

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh secara sinis mempersilakan peguam Siti Kasim sekiranya mahu melancarkan boikot terhadap kliniknya di Merlimau, Melaka.

Akmal berkata, tidak ada masalah baginya jika pihak terbabit mahu memboikot kliniknya malah beliau juag akan tetap memboikot KK Mart.

“Ada kawan saya hantar link X (aplikasi X) Siti Kasim dan rakan-rakan nak lancarkan boikot klinik saya.

“Alhamdulillah tidak apa, sebagaimana kita ada hak untuk boikot KK Mart, geng-geng Siti Kasim kalau nak boikot klinik saya , it’s ok, tidak ada masalah.

“Sebab saya percaya rezeki itu bukan pada Siti Kasim dan gengnya, yang bagi rezeki itu Allah,” katanya hari ini.

Akmal turut menggesa Siti Kasim untuk datang ke Merlimau dan bertanyakan sendiri kepada penduduk kawasan itu perihal kliniknya sebelum mahu melancarkan boikot.

“Saya percaya juga Siti Kasim dan gengnya datang kat Merlimau ini, tanya dulu orang Merlimau, macam mana klinik Dr Akmal Saleh ni, barulah lancarkan boikot,” katanya.

Susulan kelantangannya dalam gerakan memboikot KK Mart berikutan isu stoking jenama kalimah Allah, Akmal turut menerima kecaman beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan tindakannya itu.

Malah Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menggesa Akmal mengambil tanggungjawab atas ketegangan masyarakat yang masih berlarutan kesan kempen boikot yang dilancarkan terhadap kedai serbaneka terbabit. -1 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related