◉ HEADLINES

KK Mart: Polis rakam keterangan tujuh individu

Kesemua rakaman percakapan diambil daripada saksi merangkumi pekerja premis itu dan orang awam bagi membantu siasatan

11:20 PM MYT

 

IPOH – Polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu bagi membantu siasatan kes sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dilempar bom petrol pada minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata kesemua rakaman percakapan diambil daripada saksi merangkumi pekerja premis itu dan orang awam bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Polis sedang mengenal pasti suspek dan kami meningkatkan kawalan dan rondaan di tempat kejadian serta semua KK Mart dan premis yang beroperasi selama 24 jam bagi mengelakkan insiden itu berulang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pada 26 Mac lepas, kejadian disedari oleh kakitangan kedai serbaneka terbabit dan polis menerima laporan daripada pengadu yang juga wanita warga tempatan, berhubung kejadian pada 8.49 pagi.

Pengadu berusia 20 tahun ketika sedang bekerja memaklumkan, mendengar bunyi botol pecah di hadapan premis dan terus keluar memeriksa keadaan.

Terdapat serpihan kaca serta bahan letupan menyerupai mercun di atas lantai kedai dan pengadu juga terhidu bau seperti minyak tanah daripada serpihan kaca yang pecah.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai terbabit mendapati sebuah kereta berwarna gelap yang mempunyai pelekat warna merah “Lalamove”, telah berhenti di tepi jalan kira-kira pukul 5.35 pagi.

Seorang lelaki dilihat telah turun dari kereta itu dan membaling sesuatu dipercayai botol kaca berisi minyak tanah ke dalam kedai, lalu terus beredar dari tempat kejadian. – 1 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related