◉ HEADLINES

Kadar dividen LTAT kekal 5%

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika membuat pengumuman berkata, jumlah agihan mencatatkan peningkatan berbanding RM476.45 juta pada 2022

10:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengekalkan kadar dividen 5% bagi tahun kewangan 2023 melibatkan jumlah agihan pembayaran sebanyak RM485.08 juta.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika membuat pengumuman berkata, jumlah agihan mencatatkan peningkatan berbanding RM476.45 juta pada 2022.

Jelasnya, keadaan itu menunjukkan perkembangan positif untuk LTAT.

Khaled berkata, pengumuman itu diharapkan dapat membawa berita baik kepada 123,380 pencarum iaitu anggota-anggota tentera yang menyimpan dalam LTAT.

“Dengan pengumuman dividen ini kita percaya LTAT akan bergerak cemerlang sebagai satu tabung pencen untuk anggota tentera yang berkhidmat.

“LTAT diharap terus mampu memainkan peranan memajukan ekonomi negara melalui penyertaannya dalam pelbagai bidang,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Mengulas lanjut, Khaled memberitahu, pengagihan dividen tahun 2023 ini akan dilakukan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan berlaku krisis kewangan melibatkan LTAT dan menyifatkan ia sebagai tuduhan tidak berasas.

“Orang tidak semak betul-betul dengan kita (LTAT). Orang nampak lebih percaya dengan cerita-cerita sensasi. Kita tidak mungkin akan umumkan dividen sebegini sekiranya kita tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan kuat,” katanya. 

Selain itu merujuk kepada perlantikan Jen (B) Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi LTAT baharu dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif LTAT berkuat kuasa 1 April lepas, beliau melahirkan keyakinan terhadap penstrukturan semula LTAT.

“Kita akan pastikan segala perancangan itu akan dijayakan bersandarkan perkara-perkara yang kita percaya baik untuk masa depan LTAT selain melindungi kepentingan para pencarum,” katanya.

Apabila ditanya berhubung isu penjualan saham Affin Bank Bhd kepada kerajaan Sarawak, Mohamed Khaled berkata perkara itu akan diteruskan dan hanya menunggu kebenaran Bank Negara. – 4 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related