◉ HEADLINES

Fitnah Malaysia tak anjur tilawah, MCMC panggil individu muat naik hantaran palsu

Peringatan kepada semua, jangan komen atau buat sebarang kenyataan yang menyentuh isu 3R (perkauman, agama dan raja): Fahmi

11:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan merakam keterangan semua pemilik akaun yang memuat naik hantaran tersusun palsu di media sosial kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan Tilawah Al-Quran.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, MCMC telah mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan pengesanan terhadap mereka sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab memuat naik mesej terancang seumpama itu bukannya kali pertama berlaku, malah dikesan sejak Februari lagi.

”Cukup-cukuplah, tindakan memuat naik hantaran seumpama itu di media sosial adalah satu fitnah sangat jahat kepada kerajaan, agama Islam dan institusi diraja di negara ini.

“Peringatan kepada semua, jangan komen atau buat sebarang kenyataan yang menyentuh isu 3R (perkauman, agama dan raja), berhati-hati kerana kita telah diminta bertindak lebih tegas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Agensi Penguatkuasa anjuran MCMC di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dakwaan di akaun Facebook dan X kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan Tilawah Al-Quran sebaliknya hanya fokus kepada penganjuran konsert tular sejak beberapa hari lepas.

Fahmi menyantuni kakitangan penguatkuasaan pada Majlis Berbuka Puasa bersama Agensi Penguatkuasaan di WTC, Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa (berdiri, kiri) dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din. – Gambar Bernama, 4 April, 2024

Ia bagaimanapun dinafikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan semalam yang memaklumkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan telah ditetapkan pada 23 hingga 28 Mei ini di Kuantan, Pahang.

Beliau berkata, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa pula akan berlangsung pada 5 hingga 12 Oktober depan.

Mengulas mengenai majlis hari ini, Fahmi berkata, ia merupakan satu platform terbaik dalam memperkasa hubungan antara MCMC dan agensi penguatkuasa, sekali gus mengukuhkan usaha pelaksanaan undang-undang termasuk berkaitan Akta Komunikasi dan Multimedia. – 4 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related