◉ HEADLINES

WCE bersedia hadapi lonjakan trafik 150,000 kenderaan sehari sempena Hari Raya

WCE adalah projek lebuh raya utama di Malaysia sepanjang 233km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping, Perak

9:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bersedia menghadapi lonjakan trafik yang dijangkakan 150,000 kenderaan sehari sempena Hari Raya dengan pergerakan ‘Balik Kampung’ ini dijangka bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Lebuhraya WCE, Lyndon Alfred Felix berkata, bagi memastikan aliran trafik lancar, WCE melaksanakan pelbagai langkah tambahan termasuk tiada kerja pembinaan dan penyelenggaraan melibatkan penutupan lorong lebuh raya sehingga 17 April ini kecuali kerja-kerja kecemasan.

Trak tunda juga, katanya disediakan di beberapa lokasi strategik bagi membantu sebarang insiden luar jangka selain tambahan kakitangan sokongan dan pasukan bertindak kecemasan (ERT) serta pegawai peronda yang mencukupi di sepanjang lebuh raya untuk memberi bantuan kecemasan.

“Lebuhraya WCE menyediakan kawasan hentian sebelah dengan kemudahan seperti tandas, surau dan kiosk tambah nilai di setiap plaza tol. Pondok teduhan motosikal turut disediakan di sepanjang lebuh raya.

“Namun orang ramai diingatkan buat masa ini, stesen minyak masih belum beroperasi di sepanjang jajaran Lebuhraya WCE dan pengguna dinasihatkan mengisi minyak yang secukupnya sebelum memasuki lebuh raya atau boleh ke stesen minyak yang terletak berhampiran susur persimpangan Lebuhraya WCE,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

WCE adalah projek lebuh raya utama di Malaysia sepanjang 233km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping, Perak.

Apabila siap sepenuhnya kelak, ia akan berfungsi sebagai nadi penting pengangkutan, yang akan menghubungkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia.

Bagi memudahkan perjalanan, orang ramai boleh memuat turun aplikasi WCE Apps untuk membantu mereka merancang perjalanan masing-masing. – 5 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related